Sebab Dia adalah Sahabat
Dia adalah yang Allah beri kepadaku,
walau yang mencarinya adalah aku,
maka dia adalah hadiah,
mustahil sekedar dilempar begitu
Sebab dia adalah sahabat,
Maka aku tidak pernah menghiraukan
Mengira bahagia-bahagia yang wujud
bila dia ada di sisi,
itu sahaja sudah melebihi dunia dan segala isi
Kalau dia tiba-tiba meyimpang,
aku adalah yang menghulurkan tangan
dan tidak berjauhan
Kalau aku adalah yang tersungkur,
aku akan segera bangkit agar dia tidak kesusahan
Sebab dia adalah sahabat,
dan aku tahu sahabatku adaah manusia,
maka aku hormati kekurangan yang ada,
dan aku besar -besarkan kelebihannya
Hanya iman yang mampu melestari hubungan ini,
mengekstensi hingga ke syurga nanti
Sebab dia adalah sahabat,
mustahil aku mau berada di syurga
tanpa dia di sisi
Uhibbukafillah ya Sohibati